Jumaat, 27 Mei 2011

Awan Hujan Panas Yang Jelas lagi Indah

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah hujan boleh turun? Bagaimanakah juga air hujan boleh sampai ke atas? Kenapa ada masanya dekat tempat A hujan, tempat B tak hujan, tempat C hujan, tempat D hujan, walaupun tempat-tempat ini tidak lah jauh antara satu sama lain. Kenapa ada hujan lebat dan hujan renyai-renyai? Bagaimana terjadinya kejadian hujan panas? Inilah antara persoalan-persoalan yang banyak sekali di tanya oleh si kecil yang mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Lihat lah alam sekeliling kita. Sungguh banyak sekali bukti-bukti kejadian Allah di alam yang terbentang luas ini, yang sudah menjadi fitrah bagi manusia yang suci hatinya, dapat menambahkan iman dan keyakinan kepada Allah yang Maha Esa.

Gambar keajaiban ini menunjukkan jawapan kepada kebanyakkan soalan-soalan. Gambar tersebut merupakan awan hujan yang sedang mencurahkan air di satu kawasan, menumpahkan rezeki dan keberkatan kepada manusia, dan perlu diingat, kejadian hanya akan terjadi dengan perintah Allah. Allah la yang mentadbir dunia ini, dalam al Quran ada mengatakan, Allah la pemilik dan pentadbir di langit dan di bumi dan yang ada di antara keduanya.
Mungkin ramai juga tertanya, bagaimanakah hujan panas terjadi? Lihat gambar di atas, yang mungkin dirakam di saat terjadinya hujan panas. Di sebalik awan tebal itu merupakan pancaran sinar mentari yang panas dari daerah lain yang tidak mempunyai hujan. Inilah yang terjadi saat terjadinya hujan panas. Kita di bawah tidak nampak perkara ini seperti mana yang dilihat insan yang beruntung di atas kapal terbang ini. Sungguh indah alam ciptaan Allah ni kan?
Kesimpulannya, tambahkan lah iman kita, kuatkan lah iman kita dengan banyak berfikir tentang kejadian-kejadian alam ini. Semoga kita mendapat rahmat dan berkat. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan